KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat empat laporan yang diterima daripada beberapa Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Dewan Negara yang menerima ugutan melalui penyebaran video lucah palsu yang dihasilkan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Komisioner Datuk M. Kumar berkata, pihaknya menerima laporan daripada Ahli Parlimen Subang, Wong Chen; Senator Datuk Nelson W. Agang; ADUN Kulim, Wong Chia Zhen; dan Ahli Parlimen Sungai Petani Mohammed Taufiq Johari.
“Kesemua laporan berhubung perkara ini disiasat di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“PDRM turut bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi mengesan pemilik emel serta memperolehi maklumat berkaitan bagi siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.
Semalam, beberapa ahli politik memaklumkan telah menerima ugutan menerusi emel yang dihantar ke telefon bimbit atau komputer riba mereka.
Emel berkenaan mengandungi peras ugutan, gambarnya lucah lelaki berbogel dan kod QR untuk pemindahan wang sebanyak USDT100,000. -MalaysiaGazette

















Mcm2 la zaman madanon ni