Pengunjung yang hadir ke Festival Layang-Layang Kuantan 2025 di Pantai Sepat, Kuantan hari inj

KUANTAN – Festival Layang-Layang Antarabangsa Kuantan 2025 yang dianjurkan buat kali ketiga di Pantai Sepat, di sini menyaksikan penyertaan pelayang daripada 12 buah negara.

Antaranya dari Indonesia, Jepun, Korea, Ukraine, Filipina, Hong Kong, Thailand dan Vietnam serta 24 orang peserta dari dalam negara.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Zaliza Zulkipli berkata, festival yang berlangsung sejak 11 September itu berjaya menarik lebih 20,000 pengunjung tempatan dan luar negara.

“Penganjuran festival ini sememangnya memberi manfaat besar kepada sosio ekonomi tempatan seperti hotel, pengusaha makanan dan peniaga.

“Selain itu, saya melihat aktiviti sisipan yang diadakan sepanjang festival ini turut menyokong usaha kerajaan persekutuan dan negeri, menyemarakkan budaya, meraikan komuniti tempatan dan merapatkan jurang integrasi nasional,” katanya.

Datuk Zaliza Zulkipli

Beliau berkata demikian ketika membaca teks ucapan perasmian mewakilkan Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail pada majlis penutup festival berkenaan, di sini hari ini.

Zaliza berkata, penganjuran festival itu menempatkan Pahang dan Kuantan dalam kalendar pelancongan negeri serta negara, malah menjadi acara yang dinantikan oleh peserta dan pengunjung antarabangsa.

“Pahang menerima seramai 13.7 juta pelancong, meningkat hampir empat peratus berbanding 13.2 juta pada tahun 2023 dengan jumlah perbelanjaan pelancong dianggarkan sebanyak RM12.34 bilion.

“Industri pelancongan yang berada di bawah sektor perkhidmatan turut menyumbang kepada pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negeri yang mencatatkan 5.7 peratus, lebih tinggi berbanding kadar nasional 5.1 peratus,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast