Home Nasional Pemuda Pas kecam penahanan Ustaz Zaharudin

Pemuda Pas kecam penahanan Ustaz Zaharudin

@malaysiagazette

Rumah Zaharudin Muhammad diserbu pihak polis dan beliau sudah dibawa ke IPD Dang Wangi jam 1.30 pagi tadi. Difahamkan Penahanan ini dikaitkan dengan isu kekecohan yang berlaku di Kg Sungai Baru 11 Julai yang lalu. malaysiagazette

♬ original sound – malaysiagazette – malaysiagazette

KUALA UMPUR – Pemuda Pas Selangor mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak polis yang telah menahan Ustaz Zaharudin Muhammad di rumah beliau sekitar jam 1.30 pagi tadi.

Ustaz Zaharuddin Muhammad, seorang pendakwah, ilmuwan dan aktivis merupakan antara individu yang dipercayai terkait dalam isu pengusiran ke atas penduduk Kampung Sungai Baru.

Dakwanya, penahanan yang dibuat pada waktu tengah malam ini bukan sahaja mengejutkan, bahkan bermotifkan tekanan politik kerana beliau lantang menyuarakan kezaliman yang sedang menimpa masyarakat di kampung tersebut.

“Penahanan ini zalim dan tidak berperikemanusiaan. Menangkap seorang pendakwah pada tengah malam kerana bersuara membela rakyat adalah satu bentuk intimidasi yang tidak boleh diterima.

“Hak rakyat mempertahankan rumah dan tanah mereka adalah hak asasi. Undang-undang dan prinsip keadilan menuntut agar rakyat diberi ruang untuk membela diri, bukan ditekan dengan cara kekerasan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Pemuda Pas Selangor mendakwa Kerajaan Madani telah gagal menunaikan slogan dan janji mereka.

“Apa yang berlaku di Kampung Sungai Baru, ditambah dengan penahanan aktivis rakyat, mendedahkan wajah sebenar sebuah kerajaan yang semakin menekan rakyat kecil, sambil tunduk kepada kepentingan pemaju dan golongan berkepentingan,” tambahnya.

Oleh itu, Pemuda Pas Selangor menyeru seluruh rakyat, khususnya anak-anak muda, untuk bangkit mempertahankan hak rakyat Kampung Sungai Baru kerana mendakwa penahanan ini bukan sekadar isu seorang individu, tetapi lambang penindasan terhadap suara rakyat.

Pemuda Pas Selangor berkata, mereka berdiri teguh bersama Ustaz Zaharuddin Muhammad dan bersama seluruh penduduk Kampung Sungai Baru dan Tunt. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

Comments are closed.