Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

IPOH – Polis memburu seorang lelaki disyaki terlibat kes pecah rumah di Lapangan Perdana di sini pada 13 Sept.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata kejadian berlaku 2.48 petang dan suspek memakai topi biru serta pelitup muka telah memecahkan penyelak pintu jeriji.

“Suspek melarikan diri menggunakan kereta Proton Persona bernombor pendaftaran BMH 7286 yang dilaporkan hilang di Taman Rishah di sini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan kes pecah rumah dijalankan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan manakala kecurian kereta Seksyen 379A kanun sama.

Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh menerusi talian 05-245 1542 bagi membantu siasatan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast