Seorang penuntut maut di lokasi nahas dalam kemalangan membabitkan tiga buah lori di Taman Tas, di Kuantan pda petang semalam.

KUANTAN – Seorang penuntut Universiti UCYP maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan tiga buah lori di Taman Tas, di sini pada petang semalam.

Ketua Polis Kuantan Asisten Komisioner Ashari abu Samah berkata mangsa Muhammad Hadif Ishak, 18, disahkan meninggal dunia di lokasi nahas akibat kecederaan parah dalam inisiden jam 4.30 petang.

ACP Ashari Abu Samah

Manakala salah seorang pemandu lori berusia 33 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan kanan dan mendapat rawatan di Zon Kuning Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di Kuantan.

Menurutnya siasatan awal dapati pemandu lori pembancuh konkrit dari Gambang menghala ke bandar Kuantan.

”Apabila sampai di tempat kejadian, semasa berada di lorong kiri, tiba-tiba mangsa telah bergesel dengan lori tersebut menyebabkan mangsa jatuh ke lorong kanan.

”Lori ’towing’ yang berada di lorong kanan pula sempat membrek namun terlanggar juga mangsa. Selepas itu lori ketiga yang datang dari arah belakang tidak sempat membrek lalu terlanggar belakang lori towing tersebut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik HTAA bagi tujuan bedah siasat.

Kes masih dalam siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast