Nga Kor Ming

KUALA LUMPUR – Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming menegur pihak media kerana terus mengajukan soalan berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB).

“PSB atau URA sama saja kan? Tak ada isu lain nak tanya? Saya rasa kita dah cukup bincang tentang perkara itu. Saya sendiri sudah jawab dalam sidang media sebelum ini yang dihadiri lebih 50 media. Saya kata apa yang perlu dikata,” katanya pada sidang media pra pelancaran ‘Hari Cuci Malaysia 2025’ di Pasar Seni, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya tertang RUU PSB yang akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat pada bulan depan.

Menurut Kor Ming, adalah tidak wajar isu sama ditanya berulang kali sedangkan jawapan sudah diberikan sebelum ini.

“Hari ini kita fokus pada perkara lain iaitu Hari Cuci Malaysia. Jangan terlalu obses dengan isu URA sahaja,” ujarnya.

Pemuda Pas sebelum ini mendedahkan pergerakan itu akan mengadakan himpunan mega ‘tolak URA’ dengan sasaran kehadiran lebih 50,000 pada 4 Oktober bulan depan, dua hari sebelum pembentangan RUU itu di Parlimen.

Sebelum ini, Kor Ming menjelaskan RUU PSB adalah untuk menyelaras pembangunan semula kawasan bandar lama dan projek terbengkalai.

Bagaimanapun, isu itu menumbulkan kebimbangan terhadap pelaksanaan cadangan tersebut, khususnya berkaitan hak milik tanah dan peranan kerajaan dalam projek pembangunan semula.  – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast