ANKARA — Mahkamah Istanbul mengarahkan dua lelaki ditahan dalam tahanan sementara menunggu perbicaraan bagi kes mempersendakan hadis Nabi Muhamad yang boleh mencetuskan kebencian agama menerusi satu rancangan dalam talian.
YouTuber yang juga hos program berkenaan Bogac Soydemir bersama tetamunya, penyanyi rap Enes Akgunduz didakwa menyiarkan rancangan yang mempersendakan hadis nabi mengenai “arak adalah ibu segala kejahatan.”
Pendakwa raya berhujah bahawa kenyataan itu berisiko mencetuskan permusuhan atas dasar agama.
Kedua-dua lelaki itu telah memohon maaf selepas siaran tersebut dan menafikan sebarang salah laku ketika mereka dibawa ke mahkamah pada Selasa.
Soydemir berkata beliau tidak berniat menimbulkan kebencian, sambil menambah bahawa beliau telah memadam video tersebut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai isu tersebut dan memohon maaf di akaun media sosialnya.
Katanya, kenyataan itu sebenarnya adalah komen penonton yang dibaca oleh beliau secara langsung, yang disangkanya sekadar gurauan biasa.
Akgunduz juga menolak sebarang dakwaan bahawa beliau sengaja menyinggung perasaan, dan berkata perbualan mereka telah disalah tafsir.
Kes ini berlaku susulan pemenjaraan empat kartunis daripada majalah satira mingguan Leman berhubung kartun yang dianggap menggambarkan Nabi Muhammad dan Nabi Musa, yang digelar Presiden Tayyip Erdogan sebagai satu “provokasi keji.” -AGENSI
IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast
















