MACC Malaysian Anti-Corruption Commission 1MDB funds recovery assets
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menasihatkan semua pihak supaya jangan membuat spekulasi lama mengenai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya memiliki 20 akaun bank luar negara termasuk Israel.

Menurut SPRM, siasatan kes berkenaan sudah selesai pada 2022 lagi, katanya dalam kenyataan.

“SPRM ingin menegaskan siasatan terhadap dakwaan tersebut telah dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada tahun 1999.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti atau keterangan yang boleh mengaitkan beliau dengan kesalahan jenayah rasuah atau salah guna kuasa Ketika itu,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Penjelasan mengenai hasil siasatan tersebut juga turut dinyatakan dalam akuan bersumpah mantan Pengarah BPR, Datuk Abdul Razak Idris pada tahun 2009.

Dakwaan terhadap Anwar itu pernah dibangkitkan pada sidang Parlimen pada tahun 2013.

SPRM mengambil maklum mengenai kandungan yang tular semula di aplikasi TikTok berhubung dakwaan terhadap Anwar yang dikatakan memiliki 20 akaun bank luar negara termasuk di Israel seperti yang disebut dalam satu sidang Parlimen pada tahun 2013.

“SPRM ingin menegaskan bahawa siasatan terhadap dakwaan tersebut telah dijalankan BPR pada 1999.

“Hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti atau keterangan yang boleh mengaitkan beliau dengan kesalahan jenayah rasuah atau salah guna kuasa pada ketika itu,” katanya dalam kenyataan.

Jelas SPRM, penjelasan mengenai hasil siasatan tersebut turut dinyatakan dalam akuan bersumpah oleh Datuk Abdul Razak Idris, mantan Pengarah Siasatan BPR, yang dibuat pada 2009.

Katanya, pihak WikiLeaks juga telah menafikan pernah menyiarkan sebarang senarai akaun bank milik Anwar seperti yang didakwa semasa sidang Parlimen berkenaan.

“Penyebaran maklumat tidak sahih boleh menimbulkan kekeliruan dan mengganggu ketenteraman awam.

“SPRM kekal komited untuk menjalankan siasatan secara bebas, telus dan berintegriti selaras dengan undang-undang negara,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast