Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Seorang pesara lelaki rugi sebanyak RM525,000 selepas diperdaya sindiket pelaburan mata wang kripto tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata, pada 23 Mei lepas, mangsa yang berusia 71 tahun telah melihat iklan pelaburan mata wang kripto di laman sosial Facebook.

Beliau berkata, mangsa yang berhubung secara dalam talian dengan suspek membuat pelaburan sebanyak RM525,000 setelah dijanjikan pulangan sebanyak AS$500,000.

“Mangsa, yang merupakan bekas pengarah Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) telah membuat tujuh transaksi ke akaun suspek dari 20 hingga 27 Ogos lepas menggunakan wang simpanan persaraannya sendiri.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan… polis menasihati orang ramai supaya sentiasa berwaspada dengan pelbagai taktik penipuan dalam talian dan di media sosial,” katanya. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast