Seorang pekerja bengkel warga asing maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah lori di Johor Bahru-Mersing, Kota Tinggi hari ini.

KOTA TINGGI – Seorang pekerja bengkel warga asing maut selepas motosikal ditunggang bergesel dengan sebuah lori di Kilometer 41.5 Jalan Johor Bahru-Mersing, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, kemalangan berlaku pukul 11.50 pagi melibatkan motosikal Honda dan lori Hino.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan motosikal tersebut keluar dari simpang lalu bergesel dengan lori berkenaan.

“Akibatnya penunggang terbabit, Shamin Ali yang berusia 47 tahun iaitu etnik Rohingya dari Myanmar mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, mayat dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat manakala pemandu tersebut pula iaitu seorang lelaki tempatan berusia 57 tahun tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, kes disiasat bawah Seksyen41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kes alahan boleh dipenjara lima hingga 10 tahun serta denda RM20,000 hingga RM50,000.

Tambahnya, pesalah juga boleh hilang kelayakan memegang lesen memandu sekurang-kurangnya lima tahun.- MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast