Fadzli Mohamad Kamal menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pahang ke Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Ke-22 Sarawak di sini, hari ini.

KUANTAN – Kerajaan Negeri Pahang memperuntukkan sebanyak RM61,440 bagi penyertaan kontinjen ke Temasya Sukan Orang Pekak Malaysia (SOPMA) Ke-22 di Sarawak.

Exco Komunikasi & Multimedia, Belia, Sukan & Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohammad Kamal berkata, peruntukan itu mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memajukan sukan inklusif dan memberi peluang kepada atlet golongan kurang upaya untuk bersaing pada peringkat kebangsaan.

Pahang mensasarkan enam pingat emas melalui tiga sukan yang dipertandingkan dan akan bertolak ke Sarawak esok.

Pahang menghantar 36 orang atiet, melibatkan tiga acara iaitu olahraga, futsal dan bowling. Walaupun jumlahnya tidak begitu besar, tetapi saya yakin semangat juang atlet kita sangat tinggi.

“Kerajaan Pahang menyokong Pahang menyokong penuh mereka ini walaupun daripada kelompok orang kurang upaya, dan menyalurkan peruntuk program. Tiada beza mereka dengan atlet normal.

“Saya berharap kontinjen Pahang mampu membawa pulang pingat-pingat kemenangan sebagai bukti usaha, latihan dan pengorbanan semua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Pahang ke SOPMA Ke-22, di sini, hari ini.

Menurutnya, penyerahan bendera Pahang kepada kontinjen juga bukan sekadar upacara simbolik, sebaliknya ia cerminan kepercayaan Kerajaan Negeri terhadap bakat, pengorbanan dan kerja keras para atlet golongan kurang upaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast