BOGOTA – Presiden Colombia, Gustavo Petro mengumumkan pengusiran baki semua diplomat Israel berikutan pintasan yang dilakukan tentera rejim zionis itu ke atas kapal misi Global Sumud Flotilla (GSF).
Pejabat Petro berkata, dua warga negara itu merupakan antara yang berada di atas kapal yang dirampas dan pihaknya menggesa mereka dibebaskan segera.
Warga Colombia itu terlibat dengan aktiviti kemanusian dalam solidariti terhadap penduduk Palestin.
Menerusi hantaran di platform X, Petro berkata, perjanjian perdagangan bebas dengan Israel turut digantung.
Misi GST disertai aktivis daripada lebih 40 buah negara berlepas dari Sepanyol pada bulan lalu.
Pemintasan dan penahanan peserta misi tersebut mendapat kecaman antarabangsa selain mencetuskan bantahan di beberapa buah negara.
Pada minggu lalu, Ammerika Syarikat (AS) membatalkan visa Petro selepas beliau menggesa tentera AS agar tidak mematuhi arahan Donald Trump.
Beliau menyatakan demikian ketika menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA). – Agensi
















