Penjawat awam menyaksikan siaran langsung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai Belanjawan bagi tahun 2026 di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Foto MUHAIMIN MARWAN, 10 OKTOBER 2025

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan membela nasib 5,000 ibu tunggal miskin yang memerlukan bantuan guaman bagi penyelesaian kes-kes mahkamah seperti perceraian dan hak penjagaan anak.

Perkara itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa membentangkan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat, hari ini.

“Di bahu wanita terpikul masa depan bangsa. Mereka berkorban tidak didendang – mendidik generasi, menggerak ekonomi dan tulang belakang keluarga mithali.

“Dari sekecil-kecil tangan ibu yang mengasuh anak hingga mereka yang memecah siling kaca.

“Pemerkasaan wanita tidak sesekali dilihat sebagai ihsan tetapi keadilan yang wajib ditunaikan,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast