Salah sebuah lori yang terbabit dalam kemalangan melanggar papan tanda berhampiran Tol Lanchang, dalam kemalangan petang semalam

TEMERLOH – Tiga lelaki cedera selepas dua buah lori yang dinaiki bertembung di Jalan Mempateh–Lanchang di sini, lewat petang semalam.

Ketua Polis Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron berkata, pemandu dan kelindan mengalami kecederaan di kepala dan kaki mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Ahmad Shah (HOSHAS) manakala seorang lagi pemandu lori berasingan menerima rawatan di lokasi dalam nahas 6.50 petang itu.

”Siasatan yang dijalankan mendapati kemalangan dipercayai berlaku semasa lori yang dinaiki pemandu dan kelindan dalam perjalanan dari arah Paya Laman menghala ke Lanchang.

“Kemudian lori kedua yang dipandu oleh lelaki berusia 30 tahun dari arah pekan Lanchang menghala ke Tol Lanchang.

”Apabila sampai di tempat kejadian, semasa berkenaan melalui kawasan selekoh, kedua-dua kenderaan telah bertembung,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Hasil siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku di atas kecuaian pemandu lori dari arah Lanchang yang gagal mengawal lori sehingga menyebabkan kemalangan jalanraya berlaku.

Kes masih dalam siasatan lanjut dan disiasat di bawah Peraturan 10 LN 166/59. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast