NEW JERSEY – Paul Daniel Frehley atau dikenali sebagai Ace Frehley, bekas pemain gitar utama dan ahli pengasas kumpulan rock Kiss telah menghembuskan nafas terakhirnya pada usia 74 tahun semalam.
Ace Frehley meninggal dunia dalam keadaan yang tenang semasa dalam pangkuan keluarga di Morristown, New Jersey, kata ejennya.
Dalam satu kenyataan, ahli keluarganya pula berkata, mereka sangat terkejut dan sedih namun akan terus menghargai kebaikan Paul yang telah dicurahkan kepada orang lain.
Bagi rakan kumpulan Kiss, Gene Simmons dan Paul Stanley, mereka berdukacita atas pemergian Ace Frehley.
Mereka menganggap mendiang seorang pejuang rock yang tidak dapat digantikan dan sentiasa menjadi sebahagian daripada legasi Kiss.
Barisan asal kumpulan Kiss terdiri daripada Frehley, penyanyi dan pemain gitar Paul Stanley, pemain bass Gene Simmons dan pemain dram Peter Criss. Frehley merupakan ahli pengasas pertama yang meninggal dunia. – Agensi















