Gambar hiasan

KLUANG – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) berjaya menangkap tiga ekor gajah dalam dua operasi minggu lalu.

Operasi pada Selasa dan Khamis itu melibatkan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perhilitan Johor dengan kerjasama UTG Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Ling Tian soon berkata, operasi dijalankan susulan aduan serta pemantauan berterusan pergerakan gajah liar yang dikesan di kawasan pertanian dan penempatan penduduk sejak awal bulan ini.

Beliau memberitahu, tangkapan pertama di kawasan DK Ternak Sdn Bhd pada pukul 11.15 pagi melibatkan seekor gajah betina dengan saiz tapak kaki hadapan 39.37 sentimeter.

“Tangkapan kedua dan ketiga pula dilakukan di kawasan kebun kelapa sawit berhampiran Taman Wawasan Kahang pada pukul 10.16 dan 11.25 pagi.

“Tangkapan ini melibatkan seekor gajah betina dewasa dengan saiz tapak kaki hadapan 35.56 sentimeter dan seekor gajah dewasan dengan saiz tapak kaki hadapan 27.94 sentimeter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, semua tangkapan dibuat hasil operasi bersepadu yang bermula pada 8 Oktober lalu melibatkan pasukan UTG Perhilitan Johor dan UTG PKGK.

Proses translokasi ke habitat asal sedang disusun atur dengan pemantauan berterusan bagi memastikan keselamatan penduduk dan kebajikan gajah terbabit, katanya.

Pegawai Daerah Kluang, Azurawati Wahid turut turun padang bagi meninjau operasi tersebut.

Katanya, 0perasi itu menunjukkan komitmen berterusan kerajaan negeri dan Perhilitan  dalam menangani isu konflik manusia-hidupan liar secara berhemah dan berasaskan sains konservasi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast