Remaja perempuan yang dipercayai ditikam ketika sedang menunggang motosikal.

MELAKA – Remaja perempuan yang cedera dipercayai ditikam ketika sedang menunggang motosikal di Solok Tangga Batu, Tanjung Kling, di sini petang tadi, tidak mengenali suspek lelaki yang melakukan jenayah itu.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit sambil meminta masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi.

“Untuk kes ini sabar dulu, polis sedang mencari pelakunya kerana mangsa pun tak mengenali suspek,” katanya ringkas ketika dihubungi pemberita di sini malam ini.

Sementara itu menurut sumber, kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang ketika mangsa remaja perempuan berkenaan sedang membonceng motosikal ditunggang adik iparnya.

“Tiba-tiba sebaik tiba di lokasi, datang sebuah motosikal ditunggang suspek lelaki dari arah belakang dan melibasnya menggunakan parang.

“Suspek tidak melakukan sebarang cubaan samun barangan berharga.

“Malah, mangsa juga mengaku tiada musuh termasuk tidak tahu motif dia dicederakan,”katanya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Remaja perempuan cedera ditikam ketika menunggang motosikal

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast