PM Jepun Sanae Takaichi
Sanae Takaichi, foto AFP

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Sanae Takaichi atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Jepun yang baharu.

Menurut Anwar, pelantikan Takaichi sebagai wanita pertama yang menjawat jawatan Perdana menteri Jepun merupakan satu detik bersejarah dalam landskap politik di negara matahari terbit itu.

Tambah beliau, pelantikan tersebut juga satu cerminan ketegasan Takaichi serta evolusi tenang dalam demokrasi Jepun.

“Malaysia amat menghargai Perkongsian Strategik Komprehensif dengan Jepun yang dibina atas asas kepercayaan, inovasi, serta komitmen bersama terhadap kestabilan serantau dan pertumbuhan mampan.

“Saya menantikan kehadiran Perdana Menteri Takaichi ke Kuala Lumpur minggu hadapan bagi Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun, di mana negara kita akan terus memperkukuh hubungan ini,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Anwar turut merakamkan penghargaan kepada bekas Perdana Menteri Shigeru Ishiba, yang lawatannya ke Malaysia awal tahun ini telah mengukuhkan lagi persahabatan erat antara kedua-dua negara. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast