KUALA LUMPUR – Empat cedera selepas kenderaan yang dinaiki dirempuh sebuah lori yang membawa muatan tanah di Jalan Meru Tambahan, Kampung Bukit Cerakah, berhampiran Pekan Kapar,  pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata mangsa yang cedera melibatkan tiga lelaki dewasa yang merupakan warga asing dan seorang wanita tempatan berusia 34 tahun.

Katanya, kemalangan membabitkan empat kenderaan iaitu sebuah lori tanah, sebuah lori sampah dan dua buah kereta jenis Perodua Myvi.

Keadaan sebuah kereta yang dirempuh lori membawa muatan tanah di Klang, pagi tadi.

Menurut beliau, pihak bomba menerima panggilan berhubung kemalangan itu pada jam 9.07 pagi tadi dan tiba di lokasi jam 9.16 pagi.

“Semua mangsa dikeluarkan daripada kenderaan sebelum pihak bomba tiba dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Sementara itu, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu dalam masa terdekat.

Terdahulu tular di media sosial rakaman papan pemuka yang memaparkan lori tanah tersebut datang dari arah kiri dalam keadaan laju sebelum terbabas dan merempuh kenderaan-kenderaan dinaiki mangsa.

Kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat ketika kenderaan-kenderaan yang dinaiki mangsa baru bergerak selepas lampu isyarat hijau. -MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast