THE HAGUE – Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memutuskan pada hari Rabu bahawa Israel tidak mempertahankan dakwaan bahawa anggota UNRWA, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian Palestin, juga bekerja untuk kumpulan Hamas yang sedang berjuang di Gaza.
“Mahkamah mendapati bahawa Israel tidak membuktikan dakwaannya bahawa sebahagian besar pekerja UNRWA adalah ‘anggota Hamas… atau puak pengganas lain’,” kata Presiden ICJ Yuji Iwasawa.
Rejim zionis itu melarang UNRWA beroperasi di bumi Israel selepas menuduh beberapa kakitangannya mengambil bahagian dalam serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 yang mencetuskan perang.
Satu siri penyiasatan, termasuk yang diketuai oleh bekas Menteri Luar Perancis Catherine Colonna, menemui beberapa “isu berkaitan neutraliti” di UNRWA.
Bagaimanapun, laporan April 2024 berkata, Israel “belum memberikan bukti sokongan” mengenai dakwaannya “sebilangan besar pekerja UNRWA adalah ahli organisasi pengganas”. – Agensi
















