Naazron Abdul Yusof.

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur ditahan disyaki menyebarkan gambar lucah dan mengaibkan disyaki bekas teman wanitanya dalam kumpulan Whatsapp pelajar sebuah kolej swasta.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada seorang wanita berusia 24 tahun yang juga pekerja di kolej terbabit.

“Bertindak atas maklumat, suspek lelaki warga tempatan berusia 40an ditahan di Saujana Putra sekitar jam 9.35 malam pada Ahad lalu.

“Semakan mendapati, suspek merupakan bekas teman lelaki kepada mangsa berusia 17 tahun (bekas pelajar itu).

“Polis turut  merampas satu telefon pintar dipercayai digunakan untuk menyebarkan gambar berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu katanya, suspek kini ditahan reman selama tiga hari sehingga 29 Oktober bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan kehormatan; Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut mengenai kes ini boleh menghubungi Penolong Pegawai Penyiasat, Sarjan Siti AidahYem di talian 010-2176278,” jelasnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast