Tunku Azizah Aminah

KUALA LUMPUR – Pengasas Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF), Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terkejut apabila akaun bank yayasan itu dibekukan tanpa sebarang pemberitahuan.

Tunku Azizah menerusi akaun twitter rasmi baginda, Cheminahsayang hari ini bertitah, beliau juga kecewa kerana tindakan pembekuan itu dilakukan tanpa sebab yang munasabah.

Jelas beliau, pihaknya menyedari akaun HSBC yayasan yang diasaskan sejak 2004 itu dibekukan selepas cek dikeluarkan dikembalikan.

Baginda melahirkan rasa terkilan kerana tidak dimaklumkan pihak yang bertanggungjawab membekukan akaun itu dan disifatkan tidak adil sama sekali.

“Saya percaya kepada ketelusan dan akauntabiliti tetapi kenapa akaun yayasan berkenaan dibekukan tanpa sebarang pemakluman.

“TAFF bergantung sepenuhnya kepada penjualan buku masakan dan derma, kami tiada (sumber) kewangan pada masa ini dan tidak dapat menaja rawatan.

“Saya juga mengalu-alukan untuk menyemak akaun kami yang sudah diaudit,” titah baginda menerusi twitter yang dimuat naik sebentar tadi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast