Rampasan 598 biji pil yaba (kuda) dengan nilai anggaran RM13,970 di Kampung Tok LIkong, Kelantan. Foto ihsan media sosial

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 8 selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah semasa Op Taring Wawasan Kelantan di Kampung Tok Likong, awal pagi tadi.

Menurut Markas Briged Tenggara, Pasukan Gerakan Am (PGA), suspek yang berusia 39 tahun itu ditahan kira-kira jam 1.30 pagi ketika berada dalam keadaan mencurigakan di belakang sebuah premis.

Jelasnya, suspek cuba melarikan diri dan membuang bungkusan yang dibawa menaiki motosikal.

“Pemeriksaan menemukan satu bungkusan plastik mengandungi 598 biji pil yaba (kuda) dengan nilai anggaran RM13,970 termasuk motosikal yang digunakan.” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut kenyataan itu, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine.

Suspek kini diserahkan kepada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Malaysiagazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast