KUALA LUMPUR – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) akan melaksanakan siasatan dalaman bagi meneliti aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) penganjuran Program Sokongan Keyakinan Air di kolam renang Kompleks Sukan Desa Tasik, Sungai Besi kelmarin susulan kematian seorang murid 11 tahun.

Menurutnya, kes ini dalam siasatan pihak polis dan JPWPKL akan memberi memberi kerjasama penuh kepada siasatan yang sedang berjalan.

JPWPKL yang menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga murid terbabit berkata, bantuan awal dan sokongan diberikan kepada keluarga.

Malah, pasukan kaunselor dan guru bimbingan dan kaunseling telah digerakkan untuk melaksanakan intervensi sokongan psikososial kepada murid, guru dan seluruh warga sekolah tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus hari ini berkata, seorang murid berusia 11 tahun meninggal dunia selepas dua hari bertarung nyawa dipercayai akibat insiden lemas ketika menyertai program tersebut.

Katanya, polis menerima laporan berhubung kejadian yang berlaku pada 5 November lalu dan mangsa kemudiannya dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, pelajar lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia semalam kira-kira pukul 2.30 petang. – MalaysiaGazette

Pelajar 11 tahun maut selepas dua hari kritikal akibat lemas di kolam renang

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast