Fadil Marsus

KUALA LUMPUR – Kertas siasatan membabitkan seorang wanita dikenali ‘Inspektor Sheila’ telah dilengkapkan dan akan dirujuk kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) hari ini bagi tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, ia berhubung tindakan wanita itu mempelekeh anggota polis ketika melakukan pemeriksaan terhadap seorang lelaki warga asing di Jalan Ipoh di sini pada 4 November lalu.

“Untuk makluman kertas siasatan kes Inspektor Sheila telah dilengkapkan dan telah dirujuk ke pejabat TPR hari ini dan kita masih menunggu arahan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu media melaporkan dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, wanita terbabit telah menuduh anggota yang bertugas tidak mengetahui undang-undang.

Malah wanita itu juga memperlekeh tindakan pihak polis selain mendakwa anggota terbabit mengugut warga asing tersebut.

Anggota polis berkenaan telah membuat laporan polis selepas kejadian berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Terdahulu, tular video yang dimuat naik wanita itu di laman sosial mendakwa anggota polis berkenaan mengugut seorang warga Pakistan yang menunggang motosikal.

Inspektor Sheila telah digantung tugas sejak 23 Jun 2023 berhubung beberapa kes antaranya menghina seorang anggota polis dan mengugut seorang wanita warga emas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast