Enam lelaki warga India yang ditahan sebelum ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan seorang lelaki senegara yang mati di tangga rumah kedai di Pusat Bandar Puchong, Puchong, sudah dilepaskan baru-baru ini.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, kesemua suspek dibebaskan dengan jaminan polis kerana keterangan yang diambil daripada kesemua suspek terlibat masih belum dapat membantu siasatan.















