Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa Malaysia hanya berperanan sebagai penyelaras dalam rundingan damai antara Thailand dan Kemboja tanpa menetapkan sebarang syarat, manakala keputusan akhir sepenuhnya terpulang kepada kedua-dua negara berkenaan.















