Keadaan setor sukan selepas dipadamkan oleh pihak bomba daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan Kajang pada awal pagi tadi. Sumber JBPM Selangor.

KUALA LUMPUR – Ruang simpanan peralatan sukan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga Bangi musnah dalam satu kebakaran pada awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, tiada kemalangan jiwa yang direkodkan berhubung daripada insiden itu.

Tambah beliau, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan pada jam 6.54 pagi, sebelum sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi tiba empat minit kemudian dengan BBP Kajang yang turut digerakkan ke lokasi kejadian.

“Kebakaran membabitkan sebuah bangunan kelas A berkeluasan 20 kali 60 kaki persegi yang menempatkan stor sukan sekolah terbabit yang telah terbakar sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, operasi pemadaman berjaya dikawal pada jam 7.07 pagi sebelum api dipadam sepenuhnya 7.30 awal pagi tadi.

Selain itu, katanya, bomba kini sedang menjalankan kerja-kerja overhaul bagi memastikan tiada punca api yang masih berbaki.

“Seramai 16 anggota terlibat dalam operasi itu bersama kekuatan aset melibatkan dua jentera FRT, sebuah EMRS dan sebuah Water Tanker,” ujarnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast