Seramai 209 anggota dari kumpulan akhir Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 yang terlibat dengan misi pengaman di Selatan Lubnan selamat tiba ke tanah air pada hari ini.
Kepulangan kontinjen itu selepas setahun berkhidmat dalam Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) tiba sekitar jam 5.30 petang tadi.















