Papagomo menyindir Presiden Cuepacs dengan menyifatkannya sebagai usaha membodek kerajaan baharu PH.
Papagomo menyindir Presiden Cuepacs dengan menyifatkannya sebagai usaha membodek kerajaan baharu PH.

KUALA LUMPUR – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menyifatkan cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memotong RM10 gaji kakitangan awam mulai Ogos ini untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan Malaysia lebih kepada membodek.

Anggota Exconya, Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo berkata, cadangan itu wajar dihentikan segera kerana ia membebankan kakitangan awam.

“Cukup-cukuplah membodek. Berapa gaji, elaun Presiden dan Ahli Majlis Cuepacs ni? Mohon Tan Sri Ali Hamsa (Ketua Setiausaha Negara) jelaskan, kakitangan awam nak tahu,” katanya yang dipetik melalui status dalam Twitternya hari ini.

Semalam, Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda berkata, kongres itu mencadangkan pemotongan RM10 gaji kakitangan awam mulai Ogos ini untuk disumbangkan kepada Tabung Harapan.

Katanya, cadangan itu akan dipanjang kepada Ali setelah mesyuarat kali pertama Cuepacs tahun ini memutuskan supaya penjawat awam menyumbang secara sukarela kepada Tabung Harapan Malaysia.

Turut membantah cadangan itu ialah Naib Ketua Pemuda, Shahril Sufian Hamdan yang menegaskan fungsi kesatuan pekerja itu adalah memperjuangkan kebajikan kakitangan awam, bukan meraih ‘mileage politik’ pada mata kerajaan baharu.

“Seingat saya, Cuepacs fungsinya untuk memperjuangkan kebajikan pekerja, bukan mendapat ‘mileage politik’ seolah mahu menjadi wira kepada kerajaan PH dengan mengurangkan pendapatan kakitangan awam yang mereka wakili,” katanya semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast