KUALA LUMPUR – Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA) menjadi politeknik pertama dipilih sebagai lokasi siri jelajah Program Rakan Muda Turun Kampus (RMTK) 2025 anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
Program itu bertujuan memperluas ruang dialog antara belia dan kepimpinan KBS selari dengan nilai Keyakinan dan Ihsan dalam kerangka Malaysia MADANI.
Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Abdul Razak Sabtu berkata, RMTK merupakan platform bagi mahasiswa mendapatkan maklumat tepat dan sahih terus daripada menteri.
“Penglibatan pelajar membuktikan komitmen mereka membawa aspirasi rakan mahasiswa serta menjadi penyampai maklumat dan penggerak budaya positif di kampus” katanya

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut hadir dan menyampaikan perkongsian bertajuk “Berfikir di Luar Kotak: Mendepani Cabaran dan Halangan”.
Program ini disertai oleh 300 orang wakil pelajar Politeknik dan Kolej (POLYCC) Zon Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Sesi perkongsian antipornografi oleh Pertubuhan Malaysia Membanteras Pornografi (MAP) turut diselitkan dalam program ini.
PSA menyifatkan program itu sebagai platform penting untuk mendengar suara mahasiswa dan memperkukuh hubungan antara institusi, KBS dan jaringan POLYCC. – Malaysiagazette
















