Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

TEMERLOH – Seorang penjawat awam lelaki ditangkap orang awam gara-gara tindakan mencuriganya yang merakam seorang wanita tanpa keizinan di Pekan Sehari Temerloh selepas video tersebut tular, hari ini.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Polis (ACP) Mohd Nasyim Bahron, polis mengesan video tular berkenaan pada 19 November 2025 sebelum suspek diberkas.

“Kejadian sebenar berlaku pada 9 November lalu kira-kira jam 12.45 tengah hari apabila seorang wanita berusia 22 tahun membuat laporan polis mendakwa dia dirakam secara curi ketika berada di lokasi berkenaan.

“Bertindak atas maklumat, polis berjaya menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam serta merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan bagi merakam mangsa tanpa keizinan,” katanya.

Pemeriksaan ke atas telefon bimbit suspek menemui sejumlah video mangsa yang dirakam secara curi dalam galeri telefon bimbit, juga sejumlah video dan gambar lucah.

Susulan itu kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 509A dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan kehormatan seseorang serta memiliki bahan lucah.

Jika sabit kesalahan, Seksyen 509A memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya, manakala Seksyen 292 pula membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Orang awam turut dinasihatkan agar tidak melakukan perbuatan sama dan mengelakkan daripada membuat sebarang spekulasi mengenai kes yang sedang disiasat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast