Seorang lelaki ditahan pecah masuk pejabat Majlis Daerah Tangkak, di Rawang, Selangor, semalam

TANGKAK – Seorang duda diberkas semalam selepas pecah masuk pejabat Majlis Daerah Tangkak (MDT) di sini bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superitendan Roslan Mohd Talib berkata, anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak menahan suspek di Pangsapuri Azalea Court, Bandar Tasek Puteri, Rawang, Selangor.

“Suspek yang berusia 28 tahun ditahan pukul 4.05 petang. Suspek mempunyai 16 rekod lampau, termasuk beberapa kes pecah rumah dan curi.

“Suspek juga merupakan orang bebas bersyarat (parol) yang melarikan diri sejak 4 Oktober 2025,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, siasatan mendapati suspek sudah berkahwin namun sudah bercerai, sekarang tinggal seorang diri dengan seorang wanita di sebuah flat di Rawang.

Jelasnya, suspek bukan penagih dadah namun aktif melakukan pecah rumah, pejabat, bangunan kedai dan curi motorsikal.

Katanya, kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun.

Jelasnya, bagi kesalahan kali kedua atau berulang, pesalah boleh dikenakan hukuman denda atau sebat.

Pada 28 Oktober lalu, tular video memaparkan seorang lelaki pecah masuk pejabat MDT pada pukul 5 pagi.

Roslan dilaporkan berkata, kejadian tersebut dirakamkan kamera litar tutup (CCTV) di pejabat berkenaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast