Keadaan Gaza yang musnah diserang Israel.-Foto AFP

TEL AVIV – Pesawat ke 1,000 membawa bekalan ketenteraan dari negara-negara Barat untuk Israel sejak tentera penceroboh itu melakukan genosid telah mendarat di Israel.

Pendaratan pesawat tersebut menunjukkan sokongan berterusan negara-negara Barat terhadap rejim tersebut.

Menurut Kementerian Keselamatan Israel, lebih 120,000 tan kargo tentera telah diserahkan sejak 8 Oktober 2023 menerusi operasi pengangkut udara yang mana para pegawai menyifatkannya sebagai ‘belum pernah berlaku’ dalam sejarah pencerobohan.

Rancangan tersebut datangnya daripada Amerika Syarikat (AS) untuk terus menyediakan sokongan ketenteraan pada skala besar kepada Israel, walaupun ia menyokong gencatan senjata di Jalur Gaza dan berusaha melaksanakan ‘rundingan damai’ di Timur Tengah.

Sementara itu, Sepanyol menyerlah dalam kalangan negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selepas ia melaksanakan sekatan senjata sepenuhnya terhadap Israel pada September lalu menerusi perintah diraja.

Sebelum ini, United kingdom (UK), Jerman, Kanada turut melaksanakan pemindahan senjata secara kecil-kecilan dan terhad.

Walaupun langkah tersebut dilaksanakan, saluran bekalan senjata Israel kekal robus, dengan penghantaran tiba bukan hanya melalui udata tetapi juga menerusi 150 buah kapal, menurut kementerian itu.

Bagaimanapun kenyataan tersebut tidak menjelaskan tempat asal semua penghantaran dan berkata, operasi bersama diuruskan tentera Israel dan badan-badan diplomatik, termasuk Direktorat Perolehan kementerian itu, kedutaannya di AS serta Berlin, Unit Pengangkutan Pertahanan Antarabangsa dan tentera udara Israel.

Pada Oktober lalu, laporan Quincy Institute for Responsible Statecraft mendapati AS membekalkan Israel menerusi bantuan ketenteraan berjumlah sekurang-kurangnya AS$21.7 bilion sejak bermula peperangan ke atas Gaza disusuli pencerobohan Israel di negara-negara di rantau tersebut.

Di bawah Presiden Joe Biden, Israel menerima bantuan berjumlah AS$17.9 bilion dan tambahan sebanyak RM3.8 bilion di bawah Presiden Donald Trump.

Terdapat penghantaran atas arahan Trump yang telah sampai di Israel manakala yang lain dijadual sampai pada tahun-tahun mendadatang.

Hampir dua tahun pencerobohan, dan walaupun gencatan senjata ditaja AS, bilangan korban di Gaza terus meningkat.

Sejak Oktober 2023, tentera Israel telah membunuh 70,000 penduduk Palestin yang mana kebanyakannya adalah kaum wanita dan kanak-kanak manakala lebih 170,000 orang cedera.

Sebahagian besar Jalur Gaza musnah, dengan keseluruhan kejiranan dihapuskan ketika krisis kemanusiaan semakin teruk. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast