Dua pendatang tanpa izin (PATI) di sebuah rumah di Kampung Batu Hampar, Tok Uban, dalam Op Taring Wawasan Kelantan. Gambar kredit Bridged Tenggara PGA.

KUALA LUMPUR – Batalion 8 Pasukan Gerakan Am (PGA) telah  menahan dua pendatang tanpa izin (PATI) di sebuah rumah di Kampung Batu Hampar, Tok Uban, Kelantan dalam Op Taring Wawasan semalam.

Serbuan pukul 9.30 malam itu menemui dua lelaki warga Bangladesh yang bersembunyi di dalam sebuah bengkel di kawasan rumah berkenaan.

“Hasil semakan mendapati kedua-dua mereka telah tinggal di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan oleh undang-undang.” katanya dalam kenyataan Briged Tenggara PGA.

Seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun turut ditahan selepas mengaku menjaga serta melindungi kedua-dua PATI tersebut.

Kesemua suspek dibawa ke IPD Pasir Mas untuk tindakan lanjut dan ditahan di bawah Seksyen 55E, 6(1)(c) dan 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast