APM Kedah membantu memindahkan mangsa banjir di Kampung Kelubi, Kubang Pasu hari ini.

GEORGE TOWN – Paras air di beberapa sungai dan empangan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang terus melepasi tahap bahaya setakat petang ini.

Berdasarkan data Laman Web Rasmi Public Info Banjir, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) di Perlis, Empangan Timah Tasuh kekal mencatat paras 30.84m, iaitu 1.24m melebihi tahap bahaya 29.60m dengan trend tiada perubahan setakat jam 6 petang tadi.

Sungai Perlis di Kampung Sungai Bakau pula, berada pada paras 3.86m, melepasi tahap bahaya 3.50m sebanyak 0.36m dengan trend menaik.

Turut mencatat bacaan tinggi ialah Sungai Perlis di Tebing Tinggi, paras 2.70m (melepasi tahap amaran 2.50m sebanyak 0.20m, trend menurun), serta Sungai Jarum di Kampung Masjid pada paras 33.56m (melepasi tahap amaran 33.30m sebanyak 0.26m, trend menurun).

Sungai Pelarit di Wang Kelian turut berada pada paras waspada dengan bacaan 105.97m, melepasi tahap 105.90m sebanyak 0.07m.

Di Kedah, paras air tertinggi dicatat di Sungai Padang Terap di Kuala Nerang, iaitu 17.659m, melepasi tahap bahaya 15.21m sebanyak 2.45m dengan trend menurun.

Beberapa sungai lain turut berada pada paras bahaya, antaranya Sungai Anak Bukit di Taman Aman(3.07m, melepasi 2.6m sebanyak 0.47m, trend menaik), Sungai Padang Terap di Kepala Batas(4.07m, melepasi 3.8m sebanyak 0.27m, trend menurun), Sungai Perik di Kampung Perik (14.936m, melepasi 14.2m sebanyak 0.74m, trend menurun), Wang Tepus (10.213m, melepasi 10.1m sebanyak 0.11m, trend menurun) dan Sungai Bata di Kampung Pahana (11.464m, melepasi 9.8m sebanyak 1.66m, trend menurun).

Selain itu, Sungai Padang Terap di Pelubang (9.413m), Terusan Utara MADA di Jitra (8.298m), Kampung Padang Pasir (22.812m) serta Sungai Sari di Kilang Gula Padang Terap (28.594m) turut mencatat bacaan melepasi paras bahaya.

Beberapa kawasan pula melepasi paras amaran dan waspada seperti Sungai Kulim di Ladang Sungai Ular (37.986m), Jambatan Bukit Buloh (18.926m), Sungai Padang Sanai (32.407m), Sungai Tanjung Pauh (7.521m) dan Sungai Baru (1.839m).

Sementara itu di Pulau Pinang, Sungai Burong di Politeknik Balik Pulau dilaporkan mencatat paras 2.14m, iaitu 0.14m melebihi tahap bahaya 2.00m, dengan trend menaik. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast