Petugas yang berada di lokasi kejadian susulan kejadian tanah runtuh yang melibatkan dua blok pangsapuri kos rendah, ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman United Seputeh, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 24 November 2025. (GAMBAR FAIL)

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja pembersihan susulan insiden kegagalan struktur penahan di Jalan Sepadu 7, Taman United kini sedang giat dilaksanakan, melibatkan pengeluaran batu-batu kecil dan bongkah batu besar bagi memastikan kawasan berkenaan berada dalam keadaan selamat.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam kenyataan memaklumkan, sebaik sahaja kerja pembersihan selesai, kerja-kerja pembaikan cerun akan dimulakan dalam tempoh tiga hingga empat hari bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

“Pada masa sama, pihak perunding geoteknikal akan menjalankan siasatan tanah serta menyediakan laporan geoteknikal bagi menilai tahap keselamatan cerun.

“Penduduk yang terjejas hanya akan dibenarkan kembali ke kediaman masing-masing selepas laporan berkenaan mengesahkan keadaan cerun selamat untuk diduduki,” menurut kenyataan itu.

DBKL menegaskan, komitmen mereka untuk terus memastikan keselamatan penduduk dan akan memantau situasi tersebut dari semasa ke semasa sehingga keadaan pulih sepenuhnya.

Kelmarin media melaporkan, dua blok pangsapuri membabitkan 104 unit rumah di Taman United, Seputeh di sini diarahkan dikosongkan susulan berlaku pergerakan tanah akibat tanah runtuh di kawasan cerun di kawasan berkenaan.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima laporan berhubung kejadian itu pada 11.02 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seputeh bersama dua jentera dengan kekuatan 11 anggota ke lokasi kejadian untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast