Orang ramai melihat asap tebal dan api menjulang ke Udara dalam kebakaran di kompleks kediaman di Hong Kong. - Foto: AFP

HONG KONG – Anggota bomba masih bertungkus lumus untuk memadamkan kebakaran bangunan tinggi yang mengorbankan sekurang-kurangnya 44 orang manakala beratus-ratus lagi masih hilang, menurut pihak berkuasa.

Kebakaran yang menempatkan lapan bangunan kediaman dengan 2,000 unit apartmen berlaku pada petang semalam menggemparkan bandar raya ini, yang merupakan bandar terpadat dunia dengan blok-blok kediaman yang tinggi.

Polis berkata, mereka telah menahan tiga lelaki yang dikaitkan dengan kebakaran tersebut, selepas bahan mudah terbakar ditinggalkan semasa kerja-kerja penyelenggaraan yang menyebabkan kebakaran ‘merebak dengan cepat dan di luar kawalan’.

Wartawan AFP yang berada di lokasi kejadian melihat beberapa blok menara masih terbakar walaupun api kelihatan mengecil pada awal pagi ini.

Kebakaran besar mula berlaku pada perancah buluh di beberapa blok apartmen yang sedang dibaiki di Medan Wang Fuk, di daerah Tai Po, semalam.

Seorang wartaawan AFP terdengar bunyi retakan, mungkin daripada buluh terbakar, dan melihat asap tebal keluar dari bangunan ketika api dan abu naik ke udara.

Seorang pebduduk berusia 65 tahun dikenali sebagai Yuen berkata, beliau telah tinggal di kompleks itu lebih daripada empat dekad dan kebanyakan jirannya adalah warga emas yang mempunyai pergerakan terhad.

“Tingkap ditutup kerana kerja-kerja penyelenggaraan, (terdapat penduduk) tidak tahu terdapat kebakaran dan perlu diberitahu untuk dikeluarkan menerusi panggilan telefon oleh jiran. Hati saya hancur berkecai,” kata Yuen kepada AFP

Jabatan bomba Hong Kong meningkat angka kematian kepada 44 orang pada pagi ini.

Antara yang maut ialah seorang anggota bomba berusia 37 tahun yang ditemui terbakar di muka 30 minit selepas beliau hilang hubungan dengan rakan sekerja, menurut Pengarah Perkhidmatan Bomba, Andy Yeung.

Pemimpin bandara raya itu, John Lee berkata, seramai 900 orang mendapatkan perlindungan sementara.

Seorang pegawai polis yang berada di tempat perlindungan sementara memberitahu AFP bahawa adalah tidak jelas berapa orang tidak diambil kira kerana masih terdapat laporan ahli keluarga yang masih hilang.

Bahagian perancah buluh yang terbakar jatuh dan kebakaran di dalam apartmen boleh dilihat, kadang kala api keluar menerusi tingkap.

“Suhu di lokasi sangat panas dan kita tidak dapat mendekati individu yang meminta tolong tetapi kita masih mencuba,” kata Timbalan Pengarah Pengarah Operasi Perkhidmatan Bomba, Derek Armstrong.

Belia berkata, kebakaran mungkin merebak dari satu bangunan ke bangunan lain berikutan angin dan peralihan serpihan sambil menambah, pihak berkuasa sedang menyiasat punca kebakaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast