Tenaga Nasional Berhad

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) mencatat kerugian sebanyak RM5.14 bilion dari 2020 hingga sekarang akibat penggunaan bekalan elektrik secara haram di premis yang menjalankan aktiviti melombong mata wang kripto dan bitcoin.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerugian itu dikenal pasti hasil serbuan ke atas 14,489 premis diperiksa melalui 91 operasi dan 77 kertas siasatan dibuka.

“TNB memantau penggunaan elektrik yang luar biasa, gangguan pada meter dan bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Cyber Security Malaysia.

“TNB juga sedang merintis penggunaan meter di pencawang untuk mengesan kebocoran bekalan elektrik,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri (MQT) di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) mengenai jumlah kerugian TNB akibat kecurian elektrik serta jaminan pemilik tidak dipertanggungjawabkan atas bil atau hutang yang terhasil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast