KUALA LUMPUR – Sabah diramal mengalami hujan sepanjang hari pada hari pengundian pilihan raya hari ini.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, kebanyakan kawasan kecuali Tongod dan Nabawan dilanda hujan atau hujan bersama ribut petir.

Tongod dan Nabawan diramal tidak mengalami hujan pagi ini tetapi hujan dan ribut petir pada sebelah petang.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan masing-masing.
Hari ini, 1,76 juta rakyat Sabah akan keluar mengundi selepas 14 hari berkempen.
Sebanyak 882 pusat mengundi di seluruh negara engan 3,558 saluran mengundi akan dibuka serentak am 7.30 pagi sebelum ditutup secara berperingkat bermula 12 tengah hari hingga 5.30 petang. – MalaysiaGazette
















