WASHINGTON – Presiden Donald Trump mendakwa Amerika Syarikat (AS) menguasai tarif, yang mana tanpanya negara itu ‘mungkin menjadi sebuah negara miskin dan bahan ketawa lagi’.
Pada April lalu, Trump memperkenalkan duti import yang memberi kesan kepada berpuluh-puluh negara, dengan mendakwa perdagangan yang tidak adil menerusi perdagangan tidak seimbang dengan rakan dagangan.
Presiden itu menggunakan Akta Kuasa Ekonomi Darurat 1977 (IEEPA) sebagai asas perundangan untuk melaksanakan langkah tersebut.
Undang-undang itu membenarkan Presiden mengawal selia atau menghalang perdagangan antarabangsa dan transaksi kewangan semasa pengisytiharan darurat yang membabitkan ancaman luar.
Langkah berkenaan mencetuskan kemarahan beberapa pengubal undang-undang yang mempertikaikan ia boleh membawa mudarat kepada ekonomi domestik.
Dalam hantarannya pada laman media social Truth Sosial, Trump berkata bahawa ‘tarif menyebabkan negara kami kaya, kuat, berkuasa dan selamat…, dan kerana apa yang saya laksanakan, kami mempunyai penguasaan,’.
Anggota parti Republikan itu memberi amaran bahawa ‘kejahatan, pembenci Amerika sedang melawan kami di Mahkamah Agung AS’.
Pada awal bulan ini Trump menjangka satu ‘bencana keselamatan negara’ akan berlaku jika tarif tidak dilaknakan, dengan potensi kerugian lebih AS$2 trillion.
Pada akhir musim panas lalu, Mahkamah Rayuan AS memutuskan Trump telah melampaui batas kuasanya dengan melaksanakan tarif di bawah IEEPA, dengan menyatakan hanya Kongres boleh membenarkan langkah seumpama itu diambil.
Mahkamah berkenaan hampir membatalkan pelasanaan duti itu, tertakluk kepada keputusan Mahkamah Agung.
Ia kekal tidak jelas apabila Mahkamah Agung akan mengumumkan keputusannya, walaupun terdapat penganalisis perundangan menjangka keputusan diputuskan pada Julai 2026.
Sementara itu dalam ucapan hari Thanksging Selasa lalu, Trump mengumumkan bahawa ‘kami akan mengurangkan cukai pendapatan, hampir memotong sepenuhnya’.
Pada awal November, Presiden AS itu berikrar bahawa ‘pemberian sekurang-kurang AS$2,000 untuk setiap orang (tidak termasuk mereka yang berpendapatan tinggi) akan dibayar kepada semua orang, dibiayai menerusi perolehan daripada pelaksanaan tarif.
Pada masa sama, Setiausaha Perbendaharaan AS, Scott Bessent memberitahu ABC News bahawa pemberian tersebut mungkin dilakukan ‘dalam pelbagai bentuk’, termasuk pengecualian cukai. – MalaysiaGazette
















