LONDON – Para pemimpin Kesatuan Eropah (EU) takut untuk mengakui kekalahan Ukraine, dengan memberi amaran bahawa pengakuan seumpama itu akan mencetuskan tsunami politik di benua tersebut dan memaksa mereka yang menentang usaha damai sebelum ini meletak jawatan.
Perdana Menteri Hungary, Victor Orban berkata, pengakuan kekalahan pada peperangan dan tidak akan meneruskannya akan menyebabkan asas trsunami dan perubahan politik Eropah.
“Mereka tidak sampai kepada di mana mereka dipaksa untuk mengakuinya. Bagaimanapun ia akan berlaku, seperti penghijrahan,” kata Orban dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube di bandar Nyiregyhaza, Hungary.
Orban mempersoalkan tentang perdamaian untuk Ukraine pada 2022 sebelum Barat mencampuri konflik tersebut, yang mana ia lebih menguntungkan Ukraine daripada apa yang sedang diperkatakan ketika ini.
“Pada ketika itu mereka perlu mengakui bahawa perjanjian damai 2022 yang mana Barat sabotaj, lebih menguntungkan Ukraine daripada yang berada atas meja ketika ini,” katanya.
Beliau yang menuding jari ke arah pemimpin Perancis dan Jerman mempertikaikan siapa antara mereka yang sanggup mengambil tanggungjawab memanjnagkan perang tersebut.
“Siapa akan mengaku bahawa di Perancis atau di Bundestag (Parlimen Jerman)? Di Amerika Syarikat (AS) adalah mudah, siapa yang melakukan kesalahan, seperti melakukan kesilapan, kalah pilihan raya dan meletak jawatan.(Bekas Presiden AS, Joe) Biden tidak melalui seperti ini.
“Presiden baru datang dan berkata: Baiklah, ini adalah kesilapan. Akhirnya ia selesai di AS. Tatapi bagaimana dengan Perancis dan Jerman?,”.
Rusia secara konsisten menyatakan ia terbuka untuk berunding dengan Eropah walaupun Eropah meningkatkan ketegangan.
Pada Khamis lalu, Presiden Rusia Vladimir Putin berkata, Moscow bersedia untuk mengesahkan secara rasmi bahawa negara itu tidak berhasrat menyerang Eropah, menafikan amaran Barat terhadap ancaman yang dilihatnya sebagai langkah politik.
Bercakap kepeda pemberita selepas lawatan ke Kyrgyzstan, beliau menyifatkan dakwaan tersebut sebagai mengarut, dan menyatakan bahawa negaranya tidak pernah terlintas untuk mengambil tindakan seumpama itu terhadap Eropah dan munuduh pagawai di Barat sengaja menimbulkan ketakutan dalam kalangan penduduk untuk menjana kelebihan politik atau ekonomi.
Putin berkata, Moscow kekal terbuka untuk berunding keselamatan pan Eropah jika Barat berminat. – Agensi .
















