Foto: Fb Kateryna Rashevska

SEOUL – Sekurang-kurangnya dua kanak-kanak Ukraine yang ditemui diculik tentera Rusia di Ukraine dipindahkan ke kem Korea Utara, lapor portap negara itu yang memetic sumber.

Menurut laporan media bebas Kyiv, perkara tersebut dinyatakan Pakar Perundangan di Pusat Serantau Ukraine untuk Hak Asasi Manusia, Kateryna Rashevska ketika memberi keterangan kepada Sub Jawatankuasa Kongres Amerika Syarikat (AS).

“Misha berusia 12 tahun dari wilayah Donetsk dan Liza berumur 16 tahun dari Simferopol dihantar ke kem Songdowon di Korea Utara, 9,000 kilometer dari rumah mereka,” kata Rashevska seperti dilapor agensi berita Yonhap.

Di kem tersebut, kanak-kanak tersebut diajar memusnahkan ‘militant Jepun’ dan menemui veteran Korea Utara yang membunuh dan mencederakan sembilan tentera Amerika Syarikat (AS) dalam serangan kapal tentera laut AS pada 1968, ujarnya.

Adalah tidak jelas kem mana yang dirujuk beliau, walaupun ia dipercayai Kem Kanak-kanak Antarabangsa Songdowon yang dibina pada 1960 di Wongsan.

Sekurang-kurangnya 19,546 kanak-kanak Ukraine dibawa keluar dari rumah mereka secara paksa dan dihantar ke Rusia atau kawasan yang dikuasai Rusia sejak 2022, menurut media tersebut yang memetik pangkalan data Ukraine, Children of War. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast