Mayat dua beranak itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat.

BUTTERWORTH – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang sedang meneliti semua aspek siasatan bagi menentukan sama ada kebakaran yang meragut nyawa dua beranak di Taman Rathna di sini hari ini berpunca daripada kebakaran biasa atau sebaliknya.

Pengarah JBPM negeri, Mohamad Shoki Hamzah berkata, pasukan forensik masih menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian bagi mendapatkan gambaran jelas mengenai punca kebakaran.

“Setakat ini, siasatan kita kematian akibat terperangkap dalam kebakaran dan siasatan punca kebakaran masih dijalankan untuk semua kemungkinan.

“Tumpuan turut diberikan kepada penilaian teknikal awal sebelum laporan penuh dapat dimuktamadkan.

“Kita juga dapatkan bantuan dari Unit Anjing Pengesan (K9) dalam kes ini dan unit berkenaan dijangka ke lokasi esok untuk siasatan menyeluruh,” katanya ketika dihubungi MalaysiaGazette hari ini.

Tambah beliau, perkembangan lanjut kes tersebut hanya akan dimaklumkan selepas semua proses siasatan selesai.

ARTIKEL BERKAITAN:

Dua beranak rentung dalam kebakaran, seorang lagi cedera

Media hari ini melaporkan dua beranak maut manakala seorang lagi cedera dalam kebakaran di sebuah rumah di Taman Rathna di sini.

Dalam kejadian jam 9.35 pagi itu, mangsa yang maut merupakan seorang wanita berusia 50-an dan anak angkat perempuannya berusia  lima tahun, manakala anak lelaki berusia 20-an pula mengalami kecederaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast