KUALA LUMPUR – Sebanyak enam pokok berisiko tumbang ditebang di sekitar Jalan Raya Laut dan diganti dengan 20 pokok teduhan baharu.

Menurut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), inisiatif itu dilaksanakan bagi memastikanKuala Lumpur kekal lestari, mampan dan berdaya huni, selari dengan aspirasi Pelan Induk Rendah Karbon Kuala Lumpur 2030.

“Sebanyak 20 pokok teduhan daripada daripada spesis Syzygium polyanthum (Pokok Salam) dan Tristaniopsis obovata (Pokok Pelawan Merah),” katanya menerusi Facebook.

Terdahulu, DBKL berkata, agenda pengindahan bandar raya di lokasi-lokasi strategik, khususnya di kawasan tumpuan pelancong di Kuala Lumpur sedang giat dilakukan.

Ujarnya, ia merupakan persediaan menghampiri Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Di Dataran Merdeka contohnya, kerja-kerja penanaman bunga hiasan berwarna-warni seperti orkid sedang dilaksanakan sebagai persediaan menerima kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara,” jelasnya.

Tahun Melawat Malaysia 2026 adalah kempen pelancongan nasional yang bertujuan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi bertaraf dunia.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast