case item The Attorney-General’s Chamber (AGC) in Putrajaya. PIX: FAREEZ FADZIL / MalaysiaGazette / 04 NOVEMBER 2020. Hasanah Abdul Hamid US$6.94 million case item MACC MEIO
Jabatan Peguam Negara (AGC) di Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Malaysia terus berusaha untuk mendapatkan dokumen-dokumen membabitkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak pernah diperoleh sebelumnya dan individu, termasuk Tim Leissner, yang tidak pernah dibicarakan dalam sistem keadilan negara ini.

Menurut Jabatan Peguam Negara (AGC), ini kerana sejak 2023 apabila Roger Ng dikembalikan kepada penyiasat Malaysia selepas dibicarakan dan disabitkan kesalahan di Amerika Syarikat (AS), terdapat maklumat baharu yang ditemukan.

“Sehingga hari ini, negara kita mengalami bukan sahaja kesan implikasi kewangan yang berterusan, tetapi juga kerugian yang tidak dapat dipulihkan sehingga usaha giat kita selesai sepenuhnya,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Justeru, menurut AGC, Malaysia tidak akan berputusa asa dalam mendapatkan pemulihan yang adil dan wajar daripada perbankan gergasi global dan semua yang bersengkokol dalam pelakuan jenayah.

Dalam usaha itu, tambahnya, kerajaan Malaysia telah mengemukakan permintaan ekstradisi Tim Leissner daripada kerajaan AS pada 14 Ogos 2024 untuk dibicarakan di Malaysia dan sedang dipertimbangkan negara itu.

“Malaysia juga telah mengambil tindakan susulan termasuk mengemukakan maklumat tambahan yang diminta oleh pihak Amerika Syarikat,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast