Dua maut dalam kejadian runtuhan tren yang mengangkat arang batu di Malakoff Power Plant, Jalan Tanjung Bin, Kukup, Pontian, Johor. 13 DISEMBER 2025. (GAMBAR FAIL)

PONTIAN – Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) memaklumkan seorang daripada tiga pekerja kontrak yang cedera dalam insiden runtuhan dan kebakaran kren mengangkat arang batu di Loji Janakuasa Tanjung Bin, Kukup di sini pada Sabtu lalu, sudah dibenar keluar hospital.

“Dua lagi masih menerima rawatan dan berada di bawah pemantauan perubatan.

“Keadaan mereka akan terus dipantau dengan rapi,” menurut kenyataan berkenaan hari ini.

Dalam kejadian itu dua pekerja, Muhammad Alfarid Ahmad, 19, dan Muhammad Amaluddin Hisamudin, 22, meninggal dunia, manakala tiga lagi cedera dan dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Mengulas lanjut, Malakoff memaklumkan pihaknya giat melaksanakan siasatan dalaman insiden terbabit dan memberitahu Operasi di Loji Janakuasa Tanjung Bin berjalan seperti biasa.

“Malakoff akan bekerjasama rapat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta pihak berkuasa pengawal seliaan berkaitan bagi mengenal pasti punca kejadian.

“Keselamatan dan integriti operasi kami kekal sebagai keutamaan tertinggi dan kami komited terhadap ketelusan sepanjang proses ini,” kata kenyataan tersebut.

Syarikat berkenaan turut menzahirkan dukacita atas kehilangan dua kakitangan kontraktor dalam insiden terbabit.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast