Speaker DUN Perlis, Rus'ele Eizan

KUALA LUMPUR – Terdapat kekosongan luar jangka berlaku di tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis yang melibatkan DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji selepas tiga ADUN terhenti keahlian parti Pas.

Perkara itu disahkan Speaker DUN Perlis, Rus’ele Eizan dalam satu sidang media di Kangar, hari ini.

Menurut beliau, status kekosongan kerusi tersebut akan dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam masa terdekat.

“Walaupun tempoh penggal sudah matang iaitu tiga tahun, saya berpendapat terdapat keperluan untuk diadakan pilihan raya kecil (PRK) di ketiga-tiga kerusi berkenaan,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN

https://malaysiagazette.com/2025/12/25/tiga-ahli-pas-perlis-dipecat-perlu-letak-jawatan-adun/

https://malaysiagazette.com/2025/12/24/pas-gugur-keahlian-tiga-adun-perlis-berkuat-kuasa-serta-merta/

Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan malam tadi, Pas mengumumkan pengguguran serta-merta tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Perlis daripada parti.

Ketiga-tiga wakil rakyat itu adalah ADUN Chuping, Saad Seman, ADUN Bintong, Fakhrul Anwar Ismail dan ADUN Guar Sanji, Mohd Ridzuan Hashim.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat berdasarkan Fasal 76 dan Fasal 15A(1)(b) Perlembagaan Pas (Pindaan 2025).

“Pas akan memaklumkan ketetapan ini secara rasmi kepada Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis bagi tujuan memenuhi Perkara 50A(1)(a)(ii) Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perlis (Pindaan) 2022 serta merta,” katanya.

Difahamkan ia ada kaitan dengan isu lapan ADUN di Perlis termasuk tiga daripadanya dari Pas yang dilaporkan menarik balik sokongan terhadap Menteri Besar Perlis, Shukri Ramli, yang juga daripada Pas. – MalaysiaGazette

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast