Shazeli Kahar

KUALA LUMPUR – Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kontinjen Selangor mengeluarkan 710 saman menerusi operasi khas secara serentak sempena sambutan perayaan Hari Natal 2025.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, daripada kesemua saman, 257 daripadanya atas pelbagai kesalahan lalu lintas.

“Selain itu pihak polis turut menyira 47 buah motosikal dan sebuah kereta,” katanya dalam kenyataan.

Dalam masa yang sama katanya lagi, 10 orang ditangkap sepanjang operasi dilaksanakan melibatkan pelbagai kesalahan.

Menurut Shazeli paling ramai ditangkap di Petaling Jaya iaitu enam orang di bawah kesalahan berkaitan dadah.

“Tangkapan dilakukan dan disiasat di bawah Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.

“Dua tangkapan di Kajang di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan jalan (APJ) 1987 dan seorang di Subang jaya dan Gombak,” katanya lagi.

Terdahulu katanya, operasi tersebut dilaksanakan bagi memberi tumpuan kepada penguatkuasaan jalan aya, pencegahan aktiviti samseng jalanan dan pemanduan di bawah pengaruh alcohol.

Dalam masa yang sama, operasi itu turut dilakukan demi mencegah jenayah sempena perayaan.

Shazeli berkata, seramai 222 orang petugas PDRM yang terdiri daripada 24 pegawai kanan dan selebihnya anggota pangkat rendah terlibat dalam operasi tersebut.

“Kerjasama ini turut diperkukuhkan lagi dengan penglibatan pasukan sahabat daripada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kekuatan 20 anggota yang ditempatkan di daerah Sabak Bernam, Lapangan Antarabangsa Terbang Kuala Lumpur (KLIA) dan Ampang bagi melancarkan operasi,” tambahnya yang menyifatkan operasi berjalan lancar.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast