Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Ahli Malis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berpandangan adalah tidak salah untuk mencuba supaya Muafakat Nasional (MN) dihidupkan semula.

Katanya, adalah tidak menjadi kesalahan juga untuk mengambil semangat dan tujuan murni penubuhan MN.

Namun, ujar beliau, kerjasama itu tidak boleh lagi menggunakan nama MN, tetapi perlu dicari nama baharu supaya sejarah pahit yang penuh tipu muslihat seperti dikaitkan dengan MN sebelum ini dibuang jauh.

“Nama MN sudah rosak, corrupted dan telah dikomersilkan oleh (Tan Sri) Annuar Musa (Pengerusi MN).

“Tetapi jangan pula setelah dibuat badan baru, di sini dia ahli, di sana dia ahli dan di sinun dia juga ahli. Kalau itu berulang lagi maka kita mengulang cerita lama. Main banyak lawang,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Sementara itu, Mohd Puad menegaskan, selagi asasnya adalah politik muafakat seperti MN tidak akan ke mana-mana, kerana kuasa tetap menjadi punca orang Melayu berpecah-belah.

Sehubungan itu, ujar beliau, adalah lebih baik membina persefahaman supaya kejadian `tebuk atap’ di atas kepala kawan sendiri seperti di Perlis tidak berlaku. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast